Jom Layari TawauClick - Berdiskusi Buletin Aktiviti Karya Bersama mereka!
Powered by sudeek playground

1+1=11

Alamak kepeningan yang mendatang secara tiba-tiba aku menjadi bingung dan sakit. Badan lemah dan otak xberfungsi sepenuhnya hanya lemas yang mengawal seluruh tubuh badan aku. Aku teruskan melangkah lagi dan lagi sehingga apa yang ku hajati tercapai. Amin..


Aku selalu berpesan pada diri jangan sesekali buat jahat dengan orang lain, jangan dengki dengan kebolehan orang lain sebaliknya berbuat baik pada orang yang menjahati kita dan capai kebolehan itu semampunya dengan keinginan yang betul jangan ada hasad dengki atau iri hati. Semuanya akan lebih baik jika kita melakukannya dgn betul, kerna semua dugaan-NYA selalu mendekati kita..

Pehhh.. aku bleh mengarut jadik begini:-

Untuk diri aku dan juga kamu!..

Disebalik wajah yang periang
Disana ada yang terlindung
Menanti jawapan yang ulung
Sampai kini tak kunjung datang

Melihat sang matahari terbenam
Apakah hari ini masa aku tertanam
Bercerita sana sini tentang masa silam
Apa yang kau dapat, sedikit ilham?

Pandang untuk hari esok
Berikan segala dan mula memetik
Aku dan kau telah berputik
Jangan dipandang cerita yang jelek

Mulakan perjuangan dengan bismillah
Hidup masih penuh makna jangan dipasrah
Gunakan kelebihan dan aturkan langkah
Kerna berkat dan doa tak akan patah..

bahahaha lama rasanya x berkata-kata sedemikian rupanya pehhh..
anjing gonggong orang ngomong la la la la...

SALUT!

2 kritikan:

Renée Moura said...

Wish I could understand... seems to be a very interesting blog.

sudeek said...

opsss sory for the lang its Malay(Malaysia)
Thanks :D

sudeek playground